Kehidupan peribadi Aung_San_Suu_Kyi

Aung San Suu Kyi dilahirkan pada 19 Jun 1945. Bapanya Aung San merupakan pejuang kemerdekaan Myanmar/Burma dari penjajah United Kingdom pada 1947. Aung San telah dibunuh oleh musuh-musuhnya pada tahun yang sama.

Suu Kyi telah dibesarkan oleh ibunya Khin Kyi bersama saudaranya Aung San Lin dan Aung San U di Yangon. Aung San Lin mati lemas dalam sebuah kolam. Suu Kyi belajar di sekolah Katholik di Myanmar.

Khin Kyi (Mak Khin Kyi) juga terkenal sebagai ahli politik di Myanmar. Beliau pernah dilantik sebagai duta ke India pada 1960. Aung San Suu Kyi turut pindah ke India dan belajar di Lady Shri Ram College di New Delhi pada 1964. Kemudian Suu Kyi belajar di St Hugh's College, Universiti Oxford dan mendapat ijazah B.A dalam jurusan falsafah, politik dan ekonomi pada 1969. Kemudian belajar di School of Oriental and African Studies, Universiti London pada 1985.

Suu Kyi pernah bekerja dengan kerajaan Myanmar . Pada 1972 berkahwin dengan Dr Michael Aris seorang warga Tibet yang tinggal di Bhutan. Kemudian mendapat anak lelaki bernama Alexander di London . 1977 mendapat anak kedua , Kim semasa di belajar di Universiti Georgetown dari Januari 1991 hingga Februari 1991.

Rujukan

WikiPedia: Aung_San_Suu_Kyi http://www.bookideas.com/reviews/index.cfm?fuseact... http://www.eurasiareview.com/16092017-the-laukatha... http://www.globalpost.com/dispatch/thailand/090520... http://timesofindia.indiatimes.com/India/MPs_to_Su... http://gury.orgfree.com/suukyi1.htm http://www.pennysharpe.com/hansard/18/06/2009/daw_... http://www.dw-world.de/dw/article/0,,4557275,00.ht... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p06895820X